Wednesday, July 27, 2011

Indicators, Jin Dan Signal

Lepas kepala blank dah tak tau kemana hala tuju, cuba la cari skit ilmu merayap ke forum-forum pasal forex ni,  selak-selak ada  la ebook free dan adalah skit-skit satu dua menda tu yang aku dapat faham, yang selebihnya, sungguh aku tak reti. kekadang aku rasa bila aku kat forum tu membaca macam buang masa jer, pasal ada banyak benda yang aku tak tau apa yang derang sembang dan bincangkan.

Tu belum termasuk dengan term, bila penggunakan term yang kita tak tau apa maksudnya, mmg susah la nak faham apa yang dia orang sampaikan. Baca ebook pun macam tu juga.. ZERO la katakan.

ada ayat senang nak ingat pasal forex " kita jual masa harga tinggi dan kita beli masa harga dia naik". tapi sama ada bunyi sebenarnya "kita jual masa harga di ramal jatuh dan kita beli ketika harga di ramal naik"

Kat button insert kat tool bar metatrader tu ada indicator, aku nak terangkan dengan cara aku macam susah plak nak describe, tapi aku rasa aku tau fungsi indicators tu, kira dia tukang ramal atau tuan penasihat tapi selebihnya tetap juga pada kita punya desicion. Macam biasa, semua tu aku dapat dari google jugak la.

Indicator ni kira macam gelok jampi la.. dalam gelok jampi tu ada geng-geng jin, banyak jin. tugas jin membantu gelok jampi tu menampakkan apa yang kita nak tengok. banyak-banyak jin tu plak, setiap sekor dari derang tu ada kelebihan sendiri. tengok la yang mana kita serasi pakai. sefaham aku lagi, tak semestinya satu, kalau nak lagi power, combinekan jin-jin tu dengan kelebihan masing-masing, sure leh kasi impact kat ramalan. Ikutkan macam tu la yang aku faham. Boleh ke pakai ayat ramalam? biasanya bila bab ramalan mula la syirik. teringat plak agensi nombor ramalam. Kalau ikut term aku mmg la ramalan, tapi kalau nak sedap sikit hati pakai la term inggeris iaitu SIGNAL.

0 comments:

Post a Comment