Tuesday, December 6, 2011

deposit syiling dan kerja-kerja tinjauan

Deposit syiling kat mYbank dah settle.. ni dah smpi ke destinasi tujuan.. lepak order sepinggan cucur udang.. semangkuk soto dan air sirap.. hujan pun mcm dah merintik.. letih..

Thursday, September 15, 2011

NEWS??

Turun naik adalah ditentukan oleh keadaan semasa..
zaman serba canggih dengan teknologi membolehkan kita mengetahui keadaan semasa, berita-berita penting dan apa saja cerita di dunia dengan pantas.

andai berita tu semua adalah penentu besar pada keadaan ekonomi dunia, mengapa kita mesti lagi bergantung pada teknik atau indie yang berlandaskan prediction yang diguna pakai pada 20-30 tahun yang lepas?

Friday, August 5, 2011

Scalping or long - Pickup or 10kilos?

Dalam 2 minggu ni aku try teknik scalping, aku tak berapa faham dengan teknik ni, tapi yang aku tau dia jenis amik profit sekejap-sekejap atau pergerakan chart dalam beberapa minit. biasanya sikit2 jer dapat dengan cara ni.

indi dah macam2 indi aku tengok dan try, sementara ni ada beberapa indi yang aku stick pakai pasal mudah nak baca dan rasa agak faham dengan corak indinya.

cerita bab kemajuannya pulak, dalam beberapa kali enter, ada yang dapat apa aku target dan ada juga beberapa OP yang tersasar dari jangkaan aku, pasal tu kena banyak lagi belajar bab ni.

aku target untuk minggu akan datang ni nak try main long pulak, nak try tukar sproket besar skit, main pickup dah try, nak comparekan yang mana lebih serasi dengan mental aku.

Tuesday, August 2, 2011

Post ini tiada bertajuk!

lepas dah tau apa dia itu bahan-bahan yang diperlukan untuk trading, sekarang ni nak tau plak, masa bila sesuai trading nya? orang kata buy or sell, tapi masa bila nak sell atau masa bila nak buy atau masa bila nak say bye-bye?

semua ni balik la pada forex punya resmi, beli saja ketika dia berharga rendah atau jika menjangkakan yang harga akan menaik dan kita jualkan saja bila harga semakin meninggi atau pun ada kemungkinan nak jatuh. macam senang jer, tapi tahukah anda yang turun dan naiknya nilai matawang tu ditentukan oleh banyak perkara? dan naik atau turunnya harga itu adalah mengikut semasa, maknanya apa yang anda buat itu adalah secara LIVE, untung sabut, mungkin jangkaan anda betul, kalau bintang malap, mungkin tekaan anda tentang pergerakan market itu salah maka alamilah kerugiannya.

untung pengetahuan, aku dah start trading dan ada keuntungan dah cecah 20point dari duit demo.99% enter market aku berjaya bawak pulangan positif. cuma tak sure lagi, adakah ini nasib atau pun sebaliknya.

Wednesday, July 27, 2011

Indicators, Jin Dan Signal

Lepas kepala blank dah tak tau kemana hala tuju, cuba la cari skit ilmu merayap ke forum-forum pasal forex ni,  selak-selak ada  la ebook free dan adalah skit-skit satu dua menda tu yang aku dapat faham, yang selebihnya, sungguh aku tak reti. kekadang aku rasa bila aku kat forum tu membaca macam buang masa jer, pasal ada banyak benda yang aku tak tau apa yang derang sembang dan bincangkan.

Tu belum termasuk dengan term, bila penggunakan term yang kita tak tau apa maksudnya, mmg susah la nak faham apa yang dia orang sampaikan. Baca ebook pun macam tu juga.. ZERO la katakan.

ada ayat senang nak ingat pasal forex " kita jual masa harga tinggi dan kita beli masa harga dia naik". tapi sama ada bunyi sebenarnya "kita jual masa harga di ramal jatuh dan kita beli ketika harga di ramal naik"

Kat button insert kat tool bar metatrader tu ada indicator, aku nak terangkan dengan cara aku macam susah plak nak describe, tapi aku rasa aku tau fungsi indicators tu, kira dia tukang ramal atau tuan penasihat tapi selebihnya tetap juga pada kita punya desicion. Macam biasa, semua tu aku dapat dari google jugak la.

Indicator ni kira macam gelok jampi la.. dalam gelok jampi tu ada geng-geng jin, banyak jin. tugas jin membantu gelok jampi tu menampakkan apa yang kita nak tengok. banyak-banyak jin tu plak, setiap sekor dari derang tu ada kelebihan sendiri. tengok la yang mana kita serasi pakai. sefaham aku lagi, tak semestinya satu, kalau nak lagi power, combinekan jin-jin tu dengan kelebihan masing-masing, sure leh kasi impact kat ramalan. Ikutkan macam tu la yang aku faham. Boleh ke pakai ayat ramalam? biasanya bila bab ramalan mula la syirik. teringat plak agensi nombor ramalam. Kalau ikut term aku mmg la ramalan, tapi kalau nak sedap sikit hati pakai la term inggeris iaitu SIGNAL.

Monday, July 25, 2011

1-2 benda dah tau.

Jadi apa itu forex, mana datang atau perginya duit. nak pakai apa trading forex dah tau..

Sekarang dalam kepala aku pula, camma nak guna metatrader tu atau dengan kata lain nak buat apa kat flatform forex tu, tengok saja jer graf2 tu? apa benda yang melingkar-lingkar graf tu, apa yang nak kena buy atau apa yang nak kena sell?

aiyo.. banyak juga kerja, baik pergi cari guru la.. cepat skit.. tapi ada ke orang nak ngajar secara percuma? biasa kita macam tu la.. benda yang berharga tapi bukan metarial, yang tak boleh nampak atau di pegang, kita ni liat skit nak melabur.

Next, kena belajar pula nak buat apa kat flatform atau metatrader ni. lain-lain kena study la macam mana perdagangan forex ni berjalan.

Sunday, July 24, 2011

Forex Broker

Adaa broker.. kalau takde broker mana nak trade, ingat siapa yang bayar kita kalau kita untung dan sapa ambil duit kita kalau kita rugi?

Broker ni akan sediakan metaTrader tadi untuk kita guna tengok market atau pun buat trading, semua ni datang dari server broker. Bila kita untung, kita akan sedut duit dari broker dan sebaliknya. Tapi macam mana broker plak buat untung, itu aku tak peduli la.. lama-lama nanti mungkin akan faham dengan sendiri. kesimpulannya.. kita perlukan broker untuk urusan forex.Kira penting juga tu nak tengok performance broker ni, kalau server fesyen ancik condition, lagging jer manjang tak ikut real time trading, mau pitam, aku agak-agak la mesti ada effect punya pada untung rugi kita.

Broker ni plak ada berlambak, dari pencarian aku, ada broker international ada juga broker local dan ada juga broker kecil-kecilan. Bab pilih broker ni terpulang la, kena la buat research lebih skit bab pemilihan broker ni.Broker yang mana bagus??, yang tu mmg aku tak tau nak jawap lagi buat masa ni.

Bila dah dapat MetaTrader tadi, dah register demo account, download dan install, try la run MetaTrader tadi dan kita akan nampak flatform untuk trader yakni port kita buat urusan jual beli dan tengok graf-graf tu. kalau memula tengok mmg pening, alah bisa tegal biasa.. lama-lama mungkin pandang enteng jer menda ni semua.

Dalam nak kenal MetaTrader ni aku ke youtube, kena minta bantuan juga. Buat search "metatrader tutorial", ""what is metatrader"  layan la video tu selap dua,  dapat la kefahaman sikit pasal metatrader, button dan toolbar macam mana nak kaler-kaler kasi cantik dan semua-semua la yang ada kat situ.

Where to start how to start .. ..?

Keyword tu.. kalau kat google, tu dah kira keyword hot juga tu.. kebanyakan orang yang ingin belajar sesuatu atau mengajar sesuatu, biasanya derang gunakan keyword tu.

Hari tu aku ada la niat nak belajar forex, aku tau forex tu tempat dagang exchange, ada orang kaya dengan forex, ada orang lingkup dengan forex, benda macam ni basic dia macam tu la.. ada hari berlauk.. ada hari makan kuah jer..

Jadi aku pun mulakan lah dengan keyword atas tu.. "how to start forex". sekali google kasi aku result 56,900,000 yang ada keyword macam tu.  jadi aku rasa tak ada masaalah dah kalau nak cari infomasi tentang forex. Macam kebiasaanya, page depan depan result tu kebanyakan sales page, rang terer2 seo punya website.

Dalam banyak-banyak sumber tu, aku tetap pening dan tak tahu dari mana nak bermula, informasi dah semakin berkeceramuk dan bercampur aduk, ada satu sumber kata macam ni, ada satu sumber kata begini, bila maklumat dah overload, kepala pun jadi biol tak tau apa nak buat.


Jadi aku susun silibius selibus atau apa saja benda yang aku kena tau.

1- Macam mana nak trade

yang aku jumpa, jawapan dia lebih kurang macam ni. Trade boleh dilakukan kat satu program khas, yang paling glamer mengikut aku cari tu nama dia Meta Trader. Yang graf-graf, naik turun biasa kita jumpa screenshoot pasal forex tu adalah dari Meta Trader ni la.

 Pastu menda tu kalau nak dapatkan, boleh download kat website Brokers forex ni.

laa.. ada broker ke.... ...?

Tuesday, July 5, 2011

Ebay Final Value Fee termasuk shipping?

Final value fee ebay atau FVF adalah tax atau pun charge service ebay yang akan di kenakan pada setiap seller. Sebelum ni kata orang FVF hanya pada harga barang sahaja tidak termasuk dengan shipping, tapi sekarang ni rasanya FVF dikira secara keseluruhannya termasuk dengan harga shipping sekali.

jadi kena kira 20-25%  keuntungan perlu di tolak ketepi bagi fee keseluruhanya.

Boleh check dengan lebih lanjut kat sini
http://pages.ebay.com/sellerinformation/news/SpringUpdate2011.html

atau sini
http://pages.ebay.com/help/sell/questions/what-fees.html

Saturday, July 2, 2011

Baru Belajar Ebay.. ..

Bosan la pulak..

Akaun gmail ada banyak, akaun blogger pun ada, photobucket lagi tapi penggunaan minima, daripada terbiar saja, baik buat sesuatu tengah-tengah bosan ni.

Setiap hari bukak internet, sampai satu tahap tu, kepala otak pun dah blank tak tau apa nak buat, nak ngadap facebook, ishk.. tak reti aku nak bersosial cara macam tu, kalau setakat update event atau apa-apa anouncement group tu ok, tapi kalau nak ngadap, membaca status orang lain... mengklik like.. haha.. tak kena aku dengan cara sosial macam tu.

tengah-tengah kebosanan, bukak la akaun ebay yang masih baby tadi, tengok2 feedback as a seller dia dah cukup 10, so DSR pun dah keluar, bukan apa.. mood klasik dan syahdu la plak datang bila tengok bintang DSR tu. Almaklumlah.. DSR ni sekarang dah jadi mimpi ngeri.

So saja jer la nak paste kat sini skit SC akaun tu.. tak tau la berapa lama leh bertahan, tapi insyaAllah..

kalau rajin.. ada la kut update journey akaun yang satu ni.. saja suka-suka.. boleh buat cerita klasik untuk masa depan nanti.