Thursday, April 5, 2012

Nama Aaron Aziz pun boleh sensasi

Cerita pasal nama Mat Harun Mustaffa ni dah beberapa hari dah memenuhi thread di forum dan beberapa blog terutamanya cerita pasal artis ni.

Pelik sungguh tiba-tiba sahaja, cerita pasal nama artis ni jadi bahan atau isu. Apa motif orang yang membongkar? kalau dapat bongkar tu satu hal, tapi yang menghuru harakan isu itu yang sangat pelik.

Bukankah lumrah artis kalau menukar nama yang lebih glamer dan sedap di dengar? sejak bila pula trend begitu jadi jangkal?

Tak tahu apa motif sebenarnya, adakah orang yang membongkar tu merasakan dapat info tentang nama sebenar artis tu adalah satu kajayaan paling ulung? "meng" sensasikan info tu perlu? menokok tambah bagi tambah panas itu adalah satu kebanggaan?

Bukan nak sokong si Aaron Aziz ni, tapi sedih tengok macam mana kebanyakan orang kita suka dengan sensasi yang tidak berfaedah. Terlalu gembira dengan bahan-bahan sampah yang tak mendatangkan apa-apa keuntungan.

Apa pun nama Aaron Aziz yang sebenar, dia tetap dia dan sikit apa pun tidak menjentik atau mengusik kepentingan orang lain. jadi tak perlu kita terikut dengan cara dan berita sensasi yang tidak berfaedah macam ni.

Apa pun.. si empunya nama dah clearkan semuanya. dah tunjuk kad pengelanan asli dia pada umum, jelas tercacat situ nama dan mukanya. cuma kita tak tau la yang di tunjukkan tu terbaru selepas menukar nama atau pun sememangnya itulah nama asal beliau.

Jadi.. teruskan berkerja Aaron Aziz dan pada tukang sensasi tu cuba lagi dengan sumber dan sessi lain.